Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Thursday, November 4, 2010
Saturday, September 11, 2010
Sunday, July 18, 2010
BBQ bersama AHLI BARU STAR!!!
Saturday, July 17, 2010
Jom meriahkan BOOTH KELAB STAR!!
Thursday, February 11, 2010
Sambutan Bicara Hawa...
Bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak, Kelab Surau Tun Razak (STAR) dengan kerjasama Biro Kerohanian & Tatasusila, JKM KTR, Fakulti Tamadun Islam dan Pusat Islam telah berjaya menganjurkan forum Bicara Hawa.Program yang telah diadakan pada 24 Januari 2010 ini dikhususkan kepada para mahasiswi Islam UTM. Tajuk forum ialah "Aduhai Lelaki! Aduhai Wanita!" dengan tema “Wanita Penyejuk Mata Penawar Hati”, seramai lebih 100 orang mahasiswi hadir untuk mendengar kupasan-kupasan daripada ahli-ahli panel jemputan yang terdiri daripada Ustaz Mahyudin Bin Sarip dan Ustazah Wardah Bt Mokhtar.
Gambar-gambar sewaktu program...




Monday, January 18, 2010
Thursday, January 14, 2010
Monday, August 31, 2009
Thursday, August 6, 2009
Tuesday, March 17, 2009
Ceramah Maulidur Rasul KTR meriah
KTR,9 MAC: KELAB STAR dengan kerjasama Lujnah Pendidikan & Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) telah berjaya menganjurkan satu program sempena Sambutan MaulidurRasul 1430H. Sebuah Ceramah yang bertajuk, “Kelahiran Kekasih Allah Yang DiNanti” telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkiflee Bin Hj.Haron Al-Jauhariyy. Beliau merupakan seorang pensyarah dari Pusat Pembangunan Islam & Pembangunan Sosial (PPIPS). Program tersebut diadakan pada tanggal 9 Mac 2009 bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program ini telah berjaya menarik kira-kira 200 orang Mahasiswa dan Mahasiswi UTM untuk turut serta dalam program tersebut.
Program tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Yuslan Bin Md. Yusof. Pada program tersebut, Al Fadhil Ustaz Zulkiflee Bin Hj. Haron Al-Jauhariyy menyentuh beberapa aspek penting seperti peristiwa-peristiwa keajaiban sewaktu kelahiran Nabi Muhammad SAW, dan kronologi perjalanan hidup Rasulullah SAW sehinggalah detik-detik kewafatan Nabi Muhammad SAW. Al Fadhil Ustaz turut menyentuh isu-isu berkenaan sejarah sambutan Maulidur Rasul dan kepentingannya umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Sejarah telah memperlihatkan para pemerintah Daulah Islamiyyah seperti Malik Muzaffar abu Syed Kukabri Al-Iraqi telah mengadakan sambutan majlis Maulidur Rasul SAW secara besar-besaran pada tiap-tiap tahun pada zaman pemerintahan mereka. Begitu juga para auliya’ dan Ulama’ Islam telah menjadikan Majlis Maulid SAW sebagai jalan membimbing diri kepada mencintai dan mencontohi Rasulullah SAW.
Para Ulama’ yang Mu’tabar seperti Amirul Mukminin Ibnu Hajar Al-Asqolani, Al-Hafiz Imam Shakrawi, Al-Mufassir Imam Sayuti, Al-faqih Sheikh Abu Samah, Al-Imam Nawawi dan lain-lain lagi semuanya telah mempersepakati bahawa amalan Maulid Nabi SAW digalak dan dituntut bagi mendatangkan kesyukuran di atas kelahiran junjungan mulia SAW yang sewajarnya melahirkan kecintaan dan mencontohi akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW.
Majlis sambutan Maulidur Rasul diteruskan lagi dengan sesi “Selayang Pandang” iaitu persembahan montaj bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sedikit sebanyak memaparkan siri-siri perjuangan Rasulullah SAW dalam usaha menyebarkan Islam dan menjadi satu santapan motivasi bagi para da’ie yang menjadi mata rantai perjuangan Baginda SAW.
Program sambutan Maulidur Rasul ini, yang telah menghimpunkan masyarakat Islam kampus, di samping memperdengarkan ayat-ayat suci tentang kelebihan Rasulullah SAW, menceritakan sirah perjuangan Baginda, memuji dan mengucapkan selawat ke atas Baginda, dan mendoakan kesejahteraan ummah mampu mencetuskan semangat kebangkitan Ummah Islam pada hari ini.
Maka, alunan Qasidah Muhammadiyyah yang mampu meruntun jiwa hamba yang mencintai Rasulullah SAW menjadi acara penutup pada Majlis sambutan Maulidur Rasul pada program tersebut. Alunan Qasidah Muhammadiyyah diketuai oleh saudara Muhammad Hafidzuddin Bin Misbah selaku Pengerusi Kelab STAR dan saudara Firdaus Bin Abdul Rahman selaku Timbalan Presiden PMIUTM diiringi oleh beberapa orang sahabat yang lain. Para hadirin turut sama mengalunkan Qasidah Muhammadiyyah.
Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada Al-Fadhil Ustaz Zulkiflee Bin Hj. Haron Al-Jauhariyy oleh Felo Kolej Tun Razak diiringi oleh Pengarah Program saudara Tuan Mohd Khairi Bin Tuan Soh. Seterusnya, pihak penganjur mengucapkan Jazakallahu Khiran Jaza’ kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam program ini juga kepada hadirin dan hadirat yang turut sama menjayakan program pada malam itu. Akhir kalam, sama-sama kita meningkatkan kecintaan dan mencontohi peribadi mulia Baginda SAW yang merupakan Qudwah Hasanah sepanjang zaman. Wallahu A’lam…
-Menjana Mahasiswa Soleh Wa Musleh-
Subscribe to:
Posts (Atom)



















